♥OTAKU NO NICHIJOU - M E G A N E -♥ ☆ MEGANE ☆: Giveaway Buku PTS Pilihan Saya

Wednesday 2 May 2012

Giveaway Buku PTS Pilihan Saya




Heyyo korang semua . Hehe , ape khabar ??
Harap-harap korang sihat ye . Aku je nie yang tak sihat , 1st sebab lengan bengkak coz suntikan HPV dos ke-3 ngan sakit tekak . Sengsara wehh ~~


Eish , ni aku nak citer satu citer yang bertitle
GIVEAWAY BKU PTS PILIHAN SAYA


#klik banner kalau nak join keyh ?? :)


Seyes , aku memang ulat buku . Tak kiralah buku komik , buku cerita , novel romantik dan seangkatan dengannya , aku memang rambang mata trus kalau nampak buku terutama sekali buku PTS . #faveret book nih.


1. Aku Mahu Superbibik


Sinopsis :-


“Saya mahu bibik yang pandai gubah bunga, baiki paip, fasih berbahasa Inggeris, mahir menjahit dan ada lesen memandu serentak!” beritahu Ina yakin.

“Amboi, tingginya impian awak! Bibik pun manusia biasa seperti kita semua. Bukannya Superman!” Farah tersentak. 

“Superman?” Ina mengulang perkataan itu. “Betul cakap awak, Farah! Bibikmemang manusia biasa. Tetapi saya tidak mahu yang biasa-biasa. Saya mahubibik yang hebat dan luar biasa! Saya mahu seorang superbibik!”

Itulah impian Shazarina! Memiliki seorang bibik sempurna. Demi mencapainya, dia sanggup melakukan temu ramah ala-ala mencari peserta rancangan realiti TV. Hanya yang benar-benar layak akan diambil bekerja!
Demam pencarian bibik juga tersampuk kepada kumpulan The Wannababes. Tambah lagi, Shasha kini mempunyai tiga bibik secara serentak. Itu membuatkan Fasharina binti Tan Sri Hisham, Ketua The Wannababes rasa tercabar. Fasha yang punya dua bibik bertekad menyamai kehebatan Shasha! Fasha perlu mempunyai tiga bibik juga! Itu trend terkini orang kaya-kaya!

Apakah kesudahan pencarian bibik oleh Ina dan Fasha? Ketahui kesudahannya dalam novelAku Mahu Superbibik!


2. Panggil Saya Bedah 
Sinopsis :-

Nama saya Bedah binti Bedul.Saya bangga dengan nama saya.
Bedah sudah mampu menerima hakikat yang namanya adalah Bedah. Bedah juga seronok dengan nama itu dan hanya mahu dikenali dengan nama Bedah, dan bukan lagi Puteri Anis.
Semasa cuti semester, Bedah dan rakan-rakan menimba pengalaman bekerja sebagai penjual insurans. Pelbagai insiden yang berlaku kepada Bedah.
Setiap hari Bedah perlu berjumpa dan mencari pelanggan. Setiap kali namanya disebut, pasti menjadi bahan ketawa para pelanggannya.
Namun, ada Bedah kisah? Bedah sudah cukup kebal bagi menepis semua itu. 
Hakikatnya, namaku Bedah... dan panggil saya Bedah. 
BEDAH!


3. Pilih Aku Jadi Pramugari

Sinopsis :-
Kisah Nabila yang obses mahu menjadi pramugari. Bahkan sudah enam kali dia menghadiri temu duga di syarikat penerbangan yang berlainan walaupun gagal. 
Oleh demikian, Nabila berhijrah ke Sepang dan menyewa bilik di Flat Kosmopolitan bersama Kak Rose dan rakan sekampungnya, Maimunah. Kak Ros adalah penginap di kamar utama, seorang guru sekolah rendah yang amat memahami.
Lantas Nabila sanggup bekerja sebagai tukang cuci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Encik Saiful adalah penyelia yang sangat cerewet dan cukup berlagak. Setiap kesalahan Nabila diperbesarkan dan sentiasa mencari kesalahannya. Malah Nabila dikerah bekerja lebih masa.
Semasa Nabila mengetahui ada temu duga pramugari Syarikat Penerbangan Golden Fly, dia tidak mahu melepaskan peluang itu. Nabila berazam mahu melakukan dengan sebaiknya. Dengan sepenuh jiwa, dia membuat segala macam persiapan. Membaca poket buku pelancongan dan mengikuti kelas tambahan bahasa Inggeris pada waktu malam di flat yang dikendalikan oleh Kak Ros.

4. Pilihlah Aku Jadi Duta Kecantikan

Sinopsis :-
Sambungan novel Pilihlah Aku Menjadi Pramugari. Novel ini mengisahkan sahabat Nabila, Maimunah. Maimunah mengalami masalah berat badan berlebihan.
Seperti gadis obesiti lain, niat mahu kurus tetap ada. Setiap kali, Maimumah berolahraga dan berdiet, pasti semangatnya merundum. Godaan makanan dan gaya hidup di sekeliling sukar ditentang. Semasa Maimunah berada di kafetaria, dia terbaca satu pengumuman pencarian duta kecantikan yang dianjurkan oleh sebuah pusat gim yang dimiliki oleh Maya Harun.
Adakah Maimunah berjaya menurunkan berat badannya seterusnya menjadi DUTA KECANTIKAN seperti Maya Harun? Jangan ketinggalan bagi memiliki naskhah ini.


5. Ini Mawar Itu Rose
Sinopsis :
Walaupun Mawar dan Rose adalah pasangan kembar, namun mereka mempunyai personaliti yang berbeza.
“Tidak mahulah. Masakan kita perlu menyapu dan buat kerja lap-mengelap pula. Bukankah mama sudah ada pekerja? Lagipun sekiranya Shina, Lala, dan Ain nampak, habislah reputasi saya! Mana saya mahu letak muka?” ujar Rose. (Rose - Penampilan adalah segala-galanya baginya)
'Reputasi! Setakat umur 12 tahun, reputasi apa sangat yang mahu dijaga. Tolong mama di restoran milik keluarga pun menjatuhkan reputasikah? Aku tidak faham betul dengan budak-budak perempuan zaman sekarang,' rungut Mawar dalam hati. (Mawar - Pemalu, dewasa sebelum waktunya )

6. Adilah Cik Serba Tahu
Sinopsis :-
Dia punya nya dua identiti.

Adilah Arifin
~ Pekerja GoGo Sdn. Bhd. yang menjalani hidup biasa-biasa dan seadanya. Baginya, hidup ini umpama gula-gula, masam, manis dan kadangkala masin. Ada ruang kosong dalam hidupnya. Ruang untuk kenangan silam yang sudah dilupakan. Sekian lama, hakikat itu bukan masalah besar baginya. Bertabah, Adilah!

Cik Serba Tahu
~ Kaunselor tidak bertauliah. Tanpa berkenalan, tanpa bersua muka, dan tanpa berkawan, begitu mudah orang berkongsi masalah di Kaunter Pertanyaan Cik Serba Tahu. Sesungguhnya, Cik Serba Tahu sama sekali tidak boleh mengecewakan pembaca yang berkongsi masalah dengannya. Jangan main-main. Ada nama baik perlu dijaga. Ada reputasi perlu dipertahankan! Berusaha, Cik Serba Tahu!

Siapa pula Hakim, Reen dan Afra mahupun Izham dalam hidup Adilah Arifin? Mengapa pula mereka terlebih seronok dapat bersua muka dengan Adilah. Perasaan Adilah? Kosong. Baginya mereka bukan sesiapa pun.

Nanti dahulu! Benarkah mereka bukan sesiapa? Ataupun Adilah Arifin yang terlupa? Begitukah?
Berselang dengan kesibukan menjadi Cik Serba Tahu, Adilah Arifin menjejak kisah yang terpadam daripada ingatannya.

7. 3.Aku Dia & Gosip
Sinopsis :-
Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang... semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini?
Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak!
Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat.
Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.


8.Aku Dia & Glamour

Sinopsis :-

Cuti kali ini memang dinantikan. Cuti kali ini memang ditunggu-tunggu. Zaza dan teman-teman menyangka dia akan menjalani latihan amali sebagai guru pada cuti semestar kali ini. Namun sepucuk surat memberi seribu kejutan buat mereka. Zaza, Puteri Rania, Insyirah dan Khadijah tiba-tiba sahaja ditawarkan menjadi wartawan penyiaran di TV10! Zaza baru sahaja berangan-angan mahu menempah 10 pasang baju kurung untuk dipakai semasa mengajar di sekolah! Tetapi kini dia bakal ke stesyen TV10. Aduh... bukankah itu tempat orang yang glamor-glamor sahaja? Zaza menjadi tidak keruan.
Kemarahan Asyikin dan Maliz pula bagai gunung berapi mahu meletup. Mereka hanya ditawarkan menjadi petugas di Radio 10. Oh, mengapa mesti di radio sahaja! Mengapa Zaza pula harus dipilih ke TV10? Zaza bukan pandai melaram. Zaza bukan tahu berpakaian glamor! Sudahlah bersaiz XL, entah-entah penuh skrin TV10 kalau mahu tayang muka Zaza. Kebencian Asyikin dan Maliz tidak terbendung. Mereka merancang mahu jadi pelajar praktikal yang paling bergaya, yang baju dan kasutnya bling-bling. Biar dari jarak 5 kilometer orang sudah nampak mereka. Biar muka tumbuh jerawat akibat bersolek tebal, itu tidak mengapa... asalkan diri glamor!
Oh, sebenarnya hidup glamor tidak seindah mana! Seksa sebenarnya hidup glamor seperti artis ini! Ada sahaja paparazi mengintai.Pastinya glamor itu hanya menyusahkan!
9. Aku Dia & Queen Drama

Sinopsis :-
Sindrom resdung dan sinus menyerang Zaza kali ini. Gadis manis ini asyik hacummm sana... hacummmm sini! Hidungnya bengkak macam buah strawberi. Pipinya bertaburan dengan bintik-bintik merah bagai ada buah ceri masak di ladang! Zaza berazam mahu menjadi lebih rajin dan pembersih. Dia tidak boleh terkena habuk ataupun debu di rumah.

Pun begitu, semuanya menjadi huru-hara apabila Zaza punya rakan sebilik yang baru. Entah mengapa, rakan sebiliknya itu benar-benar mencabar kesabaran Zaza dan teman yang lain. Dia adalah Diba yang juga digelar Diva atau Drama Queen.

Betulkah Diba @ Diva @ Gadis Drama Queen ini pelajar pintar dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat? Kalau benar, mengapa dia tercampak pula di kolej Zaza? Mengapa dia suka bercakap besar tetapi di dalam beg mahalnya yang terkoyak di tengah jalan itu ada terselit alat penekan daging burger? Ayuh, selongkar kisah Zaza dan teman-temannya kali ini dalam Aku, Dia & Drama Queen.

10 . Aku Mahu Buli
Sinopsis :-
Aku Mahu Buli mengisahkan nasib seorang pelajar baru bernama Mimi Monira yang baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Sri Bangsar. Mimi Monira tidak tahu mengenai kewujudan sekumpulan pelajar yang berpengaruh dalam sekolah itu yang juga dikenali sebagai Kumpulan The Wannababes.



Giveaway Buku PTS Pilihan Anda adalah anjuran Muazfariz.Comdan SEO Lelaki Kacak




1 comments:

Assalamualaikum ,,,
Terima Kasih kerana sudi membaca entri saya yang tidak seberapa ini ,,, Arigato gozaimasu~

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen